Showing posts with label outings. Show all posts
Showing posts with label outings. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Meet the House mates :)

Nothing much to write in this entry anyway, just wanted to post few photos of me and my housemates. Since most of us will be graduating soon or going for industrial training, so we’re having a farewell dinner at Seoul Garden, went to Jonker Street and supper at McDonalds.



 


Yerp, makan, dan makan lagi..lol

Sunday, November 4, 2012

Masjid Kampung Kling

Hari tu masa family datang ke Melaka, sempat la berjalan-jalan ke sekitar Jonker Street and sempat la ke Masjid Kampung Kling untuk solat Asar berjemaah. Masjid dekat Melaka ni kebanyakkan deko nya ada sentuhan macam ukiran yang kita selalu nampak asal dari China sebab sejarah dulu-dulu masa immigrants dari China datang ke Tanah Melayu kan.

So entry kali ni, just nak tunjuk sikit-sikit gambar masjid tu.

Signboard dekat luar

Ada bagitau sikit pasal sejarah pembinaan masjid ni.

Tempat ambil wudu' untuk orang lelaki.
Tapi dekat sebelah kanan tu [tak muat dalam gambar]
Ada je, pili paip lain disediakan sekali.

Yang tergantung tu, jubah.
Untuk Non-Muslims pakai kalau nak naik ke perkarangan masjid.

Pintu Utama/Pintu Depan

Mimbar Imam

Okay, itu aje.

Sunday, April 8, 2012

Jalan-jalan hari minggu lepas.

Awalnya I dengan Ayu dah pergi Jusco, beli groceries. Then bila balik rumah, borak-borak dengan Siti and Ayu pun masuk bilik joined sekali. So kitaorang siap-siap, nak keluar outing lagi. Of course, semua ni confirm pergi lepas mintak izin parents. hoho. still, it's a must for me to call and ask for permission from my parents to join them. And of course juga, pesanan penaja tu panjang berjela. :0

Semenjak dah bekerja ni, weekedn jek la pun boleh spend masa lama-lama dengan kengkawan. Keluar makan sama-sama. Weekdays pun boleh actually, tapi.. hurmm penat sikit la. And pukul 10-11 malam I dah kena tidur. If not nanti mata kuyu jek pergi kerja.

Then kebetulan Dila and few others ada bukak booth dekat Dataran Pahlawan, So kitaorang headed there first. Pergi nyibuk-nyibuk dekat booth dila. And try juga la apa-apa test yang available kat situ. Antaranya? Tengok tekanan darah masing-masing. All there of us, dalam rate yang normal lagi. But mine is quite high. Bak kata Ayu, "Nina sejak bekerja ni, darah dia makin menaik". erkk!

Then, semua pulak tengah lapar. I dah lama sangat nak makan gelato fruity tu. Tapi kena la isi perut dengan apa-apa yang berat dulu. So pergi la mana-mana fast food outlet yang berdekatan. Then baru pergi ke Gelato Fruity. Yummy! :)


ayu.nina

nina.siti

Ayu kata macam nak ambil gambar kahwin.
:0


Ayu awalnya memang dah ada janji dengan kawan dia nak ke A Famosa resort, so lepas I dengan Siti drove her back to our house, kitaorang sambung kitaorang punya roomies' outing. hehehe. And rasanya ini kali pertama I dengan Siti keluar berdua sahaja. Selalunya keluar ramai-ramai dengan house mates yang lain.

Of course banyak gelak ketawanya. Lawak-lawak bodoh yang memanjang. Then bila dah lapar, pergi Calanthe Art Cafe. Service dia boleh tahan laju juga la.. Or kitaorang yang sibuk berborak sampai tak sedar masa berlalu. hehehe. 

And ramai juga la Siti terserempak dengan coursemates dia. I punya coursemates? Tak nampak pun. Semua kan tengah buat attachments. Most of them tak de kat Melaka. But I always keep in touch with my close friends.. Yer la, sejauh mana pun kitaorang terpisah, friendship tu tetap kena jagakan. Wah! ayat menusuk kalbu tak? ngeng! ;p

Got more photos when me and siti when to Jonker Walk but.. erkk.. dont think i can upload them here. Because? (bak kata siti) Muka tengah busuk :p hehe





toodles~

Sunday, January 1, 2012

Date dengan Dila



baru lepas makan dekat K9 
makanan nya sedap! tapi pedas!




Dila ajarkan cara untuk naik motor dengan dia. Yer la, last time naik dengan dia, I menangis.. hehehe... kenapa? Sebab Dila bawak laju.. But then, sekarang dah slow-slow dah.. And and of course la banyak embarrassing moments nya. :p Yer la, I ni kan penakut naik motor, so kena la peluk Dila kuat-kuat. Pastu kereta yang lalu kiri kanan pandang semacam jek :0 

And and first time try makanan di K9 ni. Boleh tahan juga la.. Dila suggest kan mee celup dia. nice! Lepas ni boleh pergi lagi :) 

Thanks Dila teman aku borong Watsons tu.. ehehe, and of course thanks sebab bawak aku makan kat K9 ni. Dah lama dah pun Dila nak bawak ke K9 ni, tapi baru sekarang ada rezeki nya. ermm kenapa kedai makanan ini dinamakan K9? Saya kurang pasti. nanti saya research ye :D

okay, itu ajek..





toodles~

Sunday, September 4, 2011

Raya kembali

Dah tiga tahun beraya tak berjumpa kengkawan. Yer la, cepat sangat nak kena balik Melaka semula. But tahun ni, sempat juga berjumpa diaorang. Walaupun tak semua ada, still, meriah la juga. So boleh dianggap small reunion juga la. Then hari keesokkan nya ada pulak open house + reunion kecil-kecilan kengkawan sekolah rendah dulu, again, tak dapat join. If not tahun ni boleh ada dua reunion sekali gus terus. Hurmm tak kesampaian. Maybe next time ke.. Mintak-mintak sempat la jumpa diaorang time terdekat nanti, before start kerja nanti ke.. :\

Sedih la pulak ayat nya. hehehehe. Okay, so kat  bawah ni ada la insert kan satu gambar yang ambik dekat rumah Kamarul hari tu. Siapa Kamarul ni? Hoho scandal lama? :P semua pun nak kena ada scandal kan. bluehh~ neway, rindu dekat diaorang ni sesangat. Yer la, Macam dekat entry I yang before this bila related dengan benda ni, sebab cuti kitaorang selalunya tak sama, so tak dapat nak join outing diaorang. And malam tu  diaorang pergi tengok wayang. cerita hantu apa tah. Smurf tak dek katanya. I pun tak join. Yer la, my parents would never let me go out during the night with others except with them. So... say no to them~ hehehe, sorry kengkawan.


tapi bukan semua class mates saya masa high school dulu
harap maklum
:)











toodles~

Thursday, April 28, 2011

Taman Mini Malaysia Melaka

ni dekat depan rumah kelantan kot tak silap..
if salah, maaf la ya

my parents

acually ni gambar lama. sebelum masuk MMU lagi. teringat dekat tempat ni. so saja-saja la buat entry pasal ni sebab i teringin nak pergi lagi sekali. nanti parents i datang Melaka amek i, nak ajak diaorang pergi kat situ.. hehehe :D

Tamn Mini Malaysia ni dekat area Ayer Keroh. Taman Lebah pun dekat-dekat situ jek. :D I pun selalu jugak singgah taman lebah tu, beli madu dia.. hehehe

okay, itu ajek



toodles

Friday, April 1, 2011

Hari Bodoh Kami

Title yang best kan! Hahaha. Last Tuesday, for the first time I keluar dengan Raihan, Yana + Wani. Selalunya wani tak ikut tapi kali ni wani join, so first time la kira nya tu kan. Selalunya I keluar dengan raihan and yana jek. Tapi bukan la kitaorang keluar hang out apa sangat pun.

Mulanya nak teman si raihan pergi Jusco Aeon Melaka tu jap jek, ada benda nak settle kan. Then somehow terjadi la trip yang tak dirancang ni. Walaupun dalam masa yang singkat, sempat jugak la ber-shopping sikit. Sikit sahaja okay! hehehe Yer la, kitaorang keluar dalam pukul 12, lepas makan kat Plaza Siswa. And pukul 2 petang tu, ada class law of succession pulak. 


Ianya bermula dengan trip ke Law Library. Ada cases nak kena carik. On the way ke law library tu, I ternampak la satu bicycle budak-budak ni, gambar ultraman lagi woo kat depan dia. hahaha. Sangat la tertarik untuk meng-try and meng-snap picture sebagai bukti. hahaha. Sorry ya tuan empunya bicycle. Tumpang duduk tak mintak dulu :0


Bila dah jumpa All England punya buku yang gedabak tebal tu, I pun siap-siap la nak menunjuk kepakaran I meng-fotokopi kan sheets tu. Wohoo, walapun ada jugak mintak tunjuk ajar kakak dekat kaunter tu kejap hehe.

Setiap orang ada tugas nya sendiri; fotokopi, susun kertas, etc. Pulak tu, dan dan jek si Yana pergi main internet jap. Wahh panas ni! hehehe so after dah siap-siap, I suruh la dia pergi simpan balik buku All England tu. Pulak tu, sempat jek dia buat sesi photo shot time tengah-tengah mengemas tu. POTONG GAJI! :p



Lepas dah settle hal dekat library, kitaorang head terus ke Jusco AEON tu. Lepas parking, another photo come out sebagai bukti kitaorang keluar 4 orang sekali.. pon pon. hehehe. And disebabkan kehandalan I mengambil gambar tu, muka Yana langsung tak masuk. Empat-empat snap tu semua tak dek muka Yana. hehehe


Bila dah kat dalam mall tu, si Wani dengan Yana masuk terus dalam Jusco tu carik makanan diaorang. I teman Raihan ke tempat secret kejap. ^-^ Lepas dah bayar barang-barang tu, Si Raihan pull the cart herself, sebab botol-botol air dia yang banyak dalam cart tu. Then terasa nak makan ice cream. So head to BR. And macam biasa, Yana ni kan ada banyak benda dia nak buat dalam satu masa. Lepas dia order ice cream dia, boleh pulak dia pergi kat Magz stall tu carik ViVi Magz. Aishh. 


Bila dah sedap-sedap duduk kat BR tu, boleh pulak tak perasan cart shopping tu nun jauh dia hadapan. hahaha. Nasib baik tak dek orang tanya ke, alih ke, curik ke.. Ishkkkk3..



Bila semua dah settle, Raihan dengan Yana balik ke kereta dulu. Bila time I dengan Wani nak belik ke kereta, kitaorang dah tersesat jalan sikit. Hahaha macam nak nangis pun ada, ingat kan si Raihan dengan Yana dah tinggalkan kitaorang berdua ='(

Yer la, time tu pun dah lewat, takut tak sempat datang class jek. And of course, bermula la sesi hasut menghasut. hahaha kejam la pulak bunyi nya. Dua orang cakap tak mau pergi class, nak ponteng. Dua orang lagi sangat la angelic, nak pergi jugak class.

Miss R [bukan nama sebenar] cakap yang dia lebih rela tak datang class dari datang class tapi lewat. Miss Y [bukan nama sebenar] memang totally nak ponteng class and sepanjang perjalanan balik ke MMU tu, tak habis-habis dia ajak kitaong ponteng. While Miss NINA and Miss W [ialah nama sebenar], tetap dengan pendirian nak pergi jugak class Mr. Gary tu. So semua pun kena la pergi bersama-sama haha

Bila dah sampai dalam class, sesi pembelajaran pun bermula... hehehe


Okay, itu ajek.


toodles~

Tuesday, January 25, 2011

Ayam Penyet Lamongan, MITC Melaka

hurmm.. dekat MITC tu tak dek la banyak kedai makan.. or maybe I jek yang tak jumpa lagi. hehe. I nak pergi Mydin time tu, nak beli barangan dapur. and disebabkan hari tu I dah lapar sangat-sangat, and kedai ni jek yang I jumpa, so I masuk jek la. Konon nya nak try la. Ini pun first time pergi situ. and maybe the last time?

so, if I were to rate this restaurant, I'd say 1.3 out of 5. Ini mengikut cita rasa I. Maybe pada orang lain rate dia tinggi sikit kot. Antara sebab-sebab kenapa I bagi rate sikit macam tu ialah:

1- Portion makanan yang sikit.
[I tengah lapar time tu. so paham-paham la. tapi at the end I tak habiskan pun makanan tu. sebabnya??? tak kena dengan cita rasa I. plus, ikan keli tu too oily]

2- service yang 1/3 lambat.
[maksud I, service dia tak dek la lembat sangat-sangat. sederhana lambat maybe. tapi if time tu tengah ramai orang, I boleh paham la if service dia lambat. tapi time tu semua orang pun dah dapat makanan. tapi order yang kitaorang minta tu tak sampai-sampai jugak. and and hidangan air sampai beberapa minit lepas hidangan makanan tu sampai.]

3- service waiter/waitress yang tak bagus.
[muka masam jek. tak friendly. and explain menu pun macam nak marah jek. service dekat kaunter bayaran pun tak seberapa.]

4- lantai tak bersih.
[basah dengan minuman yang tertumpah entah berapa jam dah.]


Okay, ni ada beberapa shots yang I sempat ambil dekat kedai tu.

the decoration.


the banner



the served Bakso



ini pulak Bakso yang dalam gambar



Pecel Lele Set



makanan I






I tak kisah if bayar mahal untuk sesuatu makanan tu ONLY IF makanan tu sedap. Overall, if sesiapa yang saja-saja nak datang lepak-lepak dengan kawan-kawan lama-lama dekat kedai tu okay la. sebab dia tak ada service charge or any tax charge. and if you all nak makan makanan yang tak seberapa mengeyangkan and just nak menguyah, okay la. 

tapi if you all tengah kelaparan, and nak makanan yang megenyangkan, better cari kedai makan yang lain la. nanti menyumpah-nyumpah pulak dekat kedai ni. sebab kedai ni pun tak ada menu makanan yang banyak sangat. 

okay itu ajek.




toodles~

Sunday, January 2, 2011

That Day.


Yeayy, dah pun masuk tahun baru, 2011.. Best kah? Ermm, sepatutnya best la kan. Oh ya, minggu lepas, kitaorang ada mooting presentation. memang nervous gila. Masa mooting competition ari tu, kitaorang tengok-tengok jek mooters yang bertanding. Sekarang ni, kitaorang pulak yang kena buat oral submission. Fuh! memang cuak! 

I paired dengan Raihan. And of course la, our Trainer tu for sure akan hentam sorang-sorang punya. Dia nak tengok if kita boleh jawab balik ke tidak soalan dia tu. Alhamdulillah, semua nya baik-baik belaka. And And, Lepas jek habis turn kitaorang, terasa lega sangat-sangat. 

Then, I dengan Raihan kena rushing pergi class Muslim Modern pulak. Nasib la turn kitaorang habis cepat. if not memang ponteng jek class tu. Tapi Raihan nak kena hantar assignment dia, so kena pergi jugak la class tu. hehehe :P

Time class tu memang tak focus langsung. Happy sangat sebab mooting dah habis. Yeaapi! hehe. Yana jek datang lambat sikit. Tak sikit mana la. Sejam dia lewat, sebab turn presentation mooting dia habis lambat. And lepas class Muslim Modern tu, kitaorang pergi jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping, wayang-wayang .. hihihi :D :D

Ni second time kitaorang tengok wayang bertiga. Kali ni pergi tengok cerita My Soul To Take. Cerita thriller + horror sikit. Cerita ni pasal bunuh-bunuh. Before this ada seorang nama The Ripper. Malam yang dia mati tu, ada 7 babies yang baru lahir. Beberapa tahun lepas tu, soul the Ripper tu possessed salah sorang baby yang antara 7 orang tu [tapi time tu baby tu dah besar la], untuk bunuh kesemua 6 orang yang lain tu.

And of course la, kejadian memalukan selalu terjadi if kitaorang bertiga ni keluar tengok wayang. aishh! wayang tu dah start 5 minutes dah. Kitaorang sampai lambat sikit time tu.  Tapi kitaorng masuk jek la terus dalam panggung tu. serious GELAP GULITA !

bila dah duduk dekat seat kitaorang, Yana dengan Raihan cakap wayang ni sunyi sangat. And I was like, Wayang kan. of course la sunyi, semua orang tengah tengok cerita. Tapi diaorang cakap kami bertiga jek yang ada dalam panggung tu. I duduk between diaorang. Ni time dah duduk elok-elok ni tapi si Yana dah tak diam duduk, cakap nak keluar, panggil orang. Si Raihan pun nak keluar sama. I yang duduk kat tengah-tengah ni berusaha kuat nak pastikan diaorang duduk balik. Ye la, cerita dah start, you nak panggil orang sapa? 

Sakit lengan I menahan dua orang budak yang berkudarat kuat gila tu. ahahhahahhaha. Yer la, bayang kan I sorang, menahan dua orang lagi tu dari bangun yang masing-masing tak nak mengalah nak keluar time-time tu jugak. Fuh! Then bila keluar dari panggung tu, nampak satu poster cerita seram. Ha, Amek kau. Then masuk jek la balik, and baru perasan ada satu couple ni duduk belakang sekali dalam wayang tu. so kitoang pun duduk la dekat sikit dengan couple tu. Takut punya pasal.

Then lepas habis cerita tu, semua pun dah okay-okay balik. And kitaorang pun pergi la beli-beli barang sikit. Sikit kah? hihihi. Lepas penat mencuci mata dengan barangan princess + barbie :P, kitaong pun duduk-duduk la merehatkan kaki dekat satu kedai ice cream ni.

And terjadi la drama fiction seperti ini:

Tengok-tengok.. Makan-makan.. Snapping photos..
I Tengok jek Raihan. Tapi dia bagi muka macam ni dekat I. Huh.
Raihan dah tak kisah dah dengan menda lain, sebab dia dah ada ice cream dia.



Then sesi bergambar sudah pun bermula



And pergaduhan pun bermula... 
sebab Raihan meng-indulging kan diri nya
dengan ice cream and langsung tak pedulikan kitaorang.
and pergaduhan mulut pun bermula..



WOW! muka yana comel time ni. hehehe

then, I pun cuba la nak meleraikan pergaduhan mereka ni.
Tapi ni yang I dapat..



Tapi macam mana pun, tetap berbaik semula kan..
so terhasil la gambar seperti ini. 



hehe.. jangan marah ye Miss Chia and Miss Mardi. :D
saje jek nak rosakkan gambar-gambar you all.. ahahaha

okay, itu ajek.



toodles~

Wednesday, August 11, 2010

after the law seminar

di sebab kan tension ngan law seminar yang agak bosan itu.. opps!
so, i ngan roomate i, alia, pegi la jejalan, beli barang sikit. shopping sikit..

so, entry kali ni pon nak tunjuk gambar jek banyak .. hehe.. suka kan :]
bukan apa. sekarang ni actually tengah online dalam campus. so, nak cepat cepat balik.. nak kena study. ari jumaat ni ada exam lagi.. !!

di sebab kan kelaparan sangat time tu,
so kitaorang nak makan yang gila banyak portion
and yang gila mengeyangkan. 
:D

nampak tak lamb tu..
yer, sangat la sedap.
tapi i forgot yang rashes i tak hilang lagi..
balik jek rumah, badan i gatal gatal balik
:(


ni roomate i,
alia nama dia.

nampak kan muka i tengah kelaparan..
hihi..


orang kata, nak release tension, kita shopping banyak banyak.
tapi, if shopping banyak banyak, pastu tengok balance dalam account dah sikit, nak buat camner? lagi la tension..
so, bila lagi tension, nak kena shopping banyak banyak lagi ke?
hehe.. itu hanya la bebelan yang bengong semata mata. :]


owh ya, hari ni,11 august 2010,
umat Islam menyambut bulan puasa.
and hari ni, hari first kita puasa,
so kena la tahan nafsu tu banyak banyak.
jangan pikir bukan bukan.
and untuk my girls,
"L" thingy tu sepatut nyer dia lupakan
untuk semetara waktu kay..
kurang pahala puasa nanti
haha
:D


okay, itu aja updates untuk kali ni

toodles~

Friday, August 6, 2010

our day

hari rabu lepas, first time keluar cinema ngan raihan and yana. cerita apa kitaorang tengok? tajuk dia The Last Airbender. quite nice la cerita dia.. maybe lain sikit dari story line cartoon punyer.. tapi still acceptable.. though actors dalam tuh .. hehe.. agak tak padan ngan nama yang diaorang carry dalam film tu.. :D

and and, 3/4 masa tengah tengok movie tuh, i jadi narrator dia. semua i nak comments. hehe. ada jek lawak yang nak di share kan.. 

eg: kenapa avatar tuh cerahy sangat, bak kata yana. 

quiz, jeng jeng jeng:
kenapa nama dia zhou? sounds chinese.. bak kata raihan
jawapan i, kan dia tuh firebender.. sure la terbakar habis.. tu yang tukar kaler tu.. :D

tapi kan, activiti narration i tuh berakhir jugak. sebab nyer? budak dua orang ni tak maw layan i dah. haha. then diaorang dua ni, aisehh.. kesejukkan yang amat. i okay jek lagi. si yana, hidung nyer dah macam ice dah. raihan pon sama. 

cuma i jek yang maintain lagi temperature nyer. lemak kat body i ni banyak sangat ke? itu yang tak rasa sejuk langsung tuh.  oppss! hehe..

then, yana nak perbetul kan theory i, kata nyer, metabolism body i tinggi and body i lambat tangkap pertukaran haba. tuh yang tak rasa sejuk langsung tu..

okay la,tak maw cerita panjang panjang, orang orang kan tak suka spoiler ni.. hihi.. so sekarang nak cerita apa yang terjadi kat kitaorang time outing ari tuh. raihan drive kitaorang since dia jek yang ada lesen kereta and dia ada bawak kereta datang melaka.. so, save jugak la tambang teksi tuh.. hehe

so, kitaorang park kereta kat jusco. then baru nak jejantas pegi ke melaka mall. mula mula tuh, ingat nak tengok cerita horror. tapi tak dek la pulak tayangan cerita horror time tu. so, cerita yang available and cepat sikit masa tayangan dia tuh, last airbender tuh jek. then lepas beli tickets, ada lagi masa before movie tuh start. so kitaorang jejalan la dulu dalam parkson tu.. and ada la jugak beli barang barang sikit .. heee~

bak kata raihan; 
nina ni memang, mesti ada jek menda yang dia beli. 
and dia ni, memang setiap section dia nak lalu. semua nak check
:]

then, lepas movie habis tayang, kitaorang pegi jusco semula. yana nal beli menda menda make up dia. then i shopping menda lain. raihan beli makanan. and!! time tu i jumpa!! hehe.. treng teng teng ~

yer! saya jumpa air 2% A type punyer. and of course la kan.. GD nyer gambar ada sekali. tuh yang nak sangat beli tuh .. hehe, seungri pon ada sekali dalam ads tuh. takpe, seungri pon i okay jek.. ngeee~


then, on the way balik, macam macam plak yang jadi dalam kereta tu.. hehe.. antara nyer adengan acrobatic si yana. pulak tu, time tu, dia tengah ber-touch-up-an muka.. hehe

si raihan ni, nampak jek lampu hijau dah blink blink, terus dia speed, nasib baik sempat. tup tup, si yana kat seat belakang dah tunggang terbalik dah. badan dah jatuh sebelah kiri. kaki dah ternaik ke atas. hehe.. boleh bayang kan tak? :D

every time i ingat balik incident tuh, sure tergelak sorang sorang hehe.. then,biasa la.. gossips sure ada kan.. macam macam la dicerita kan.. then, sampai campus, i balik i nyer apartment jap, tinggal kan barang barang dalam bilik, then pegi class family law ngan diaorang.

okay itu ajek update kali ni. :D 

toodles~