Sunday, April 22, 2012

Kahwin.

Erkk, entry kali ini bukanlah nak menyebarkan saya ni dah nak kahwin ke ape ke okay. Degree pun tak habis lagi. In fact, legal attachment ni pun tak habis lagi. Got few more weeks to go and have to complete those relevant documents for the Final Report and presentation.

Entry kali ini juga bukanlah untuk mengutuk or praise sesiapa yang terlibat directly or indirectly. Ini hanyalah pandangan saya semata-mata. And pandangan ini boleh berubah-ubah. Tapi pada masa entry ini dihasilkan, apa-apa yang ditulis adalah sincere terus dari hati dan fikiran yang maybe.. jahil juga akan perkara ini. :0 apakah? And entry kali ni mungkin akan jadi a bit lengthy. But I'll try to shorten it kay :)

Dan entry kali ini juga view saya focus nya more on orang yang berkahwin super awal, kahwin muda and just fikir untuk kahwin awal sebab takut if lambat-lambat nanti tak de orang nak datang pinang.

Sekarang ni ramai je orang yang opt to go for kahwin muda kan. Sebabnya? Rata-rata yang I tengok katanya, "Dah Jodoh" , "Dah Sampai Seru" ,  "Mengelakkan maksiat". But then I questioned it, if orang-orang ni hanyalah berkahwin hanya dengan satu sebab yang pada diaorang solid, reasons yang lain tak dihiraukan ke? Rukun nikah kahwin, persiapan, diri and partner tu dah betul tersusun tak? Ya, kahwin ni, pahala seperti mendirikan masjid. Tup tup, diruntuhkan juga disebabkan beberapa faktor yang ketara diantara spouses ni.

Ada je yang gesa partner diaorang suruh masuk meminang sebab jelos tengok kengkawan yang lain dah berkahwin, dah ada anak pun. Ha tengok, kahwin pun dah dipaksa, macam mana nak kekal and tanggung yang lain kan. Voluntary mutual consent tu penting okay. And ada juga yang segan sebab takut nanti if kahwin lambat orang luar duk mengutuk tak laku. Haii,, mulut orang, memang akan selalu mengutuk je. Mentality tak nak betul lagi :0 Penat bercakap nanti, berenti la. Bercakap benda yang tak betul, itu urusan dosa pahala dia.

If hanyalah kahwin untuk mengelakkan maksiat, tapi tak berkemampuan untuk tanggung perbelanjaan hari-hari kemudiannya, haruslah untuk orang itu berkahwin? Kalau kahwin sebab dah bertemu jodoh tapi persiapan diri untuk bergelar isteri, suami tu dah okay ke? Setakat pergi kursus kahwin jek buat apa kalau tak pandai nak praktik kan. Mampukah si suami tu tanggung isteri tu? Mampukah si suami tu bimbing isteri tu? Ye, views orang lain-lain. Tapi hanyalah views kan. Tet! entry ini pun hanyalah view saya semata-mata. So kena tengok balik categori kahwin; haram, wajib, harus, makruh itu semua ya. Tengok awak tu masuk dalam categori yang mana.

Of course bila cakap pasal marriage ni mesti yang pening kepala sebab tak cukup duit. Kadang tu, untuk majlis perkahwinan tu saja dah habiskan beratus ribu. Huarghhh , ye la, nak ambil anak orang kan mana nya nak bagi murah-murah. And kadang-kadang tu sebab ego and competiting factor. Anak Cik Kiah tu bagi hantaran Rm12k, so anak Cik Moon nak kena mintak RM20k. Alasannya, ekonomi dah naik, so hantaran pun naik la. Hamboii! if groom tu baru jek dapat kerja, baru nak stabil, mampu ke nak bagi bebanyak macam tu? Alamatnya buat loan la..Ha, ini pun dah timbul isu dengki, riak, niat dah tak betul, macam mana perkahwinan tu nak diredhai.

Tapi, hantaran nak beribu ringgit. Hantaran barang nak berpuluh-puluh. Mahar nya bagi ke tidak? Kemampuan masa hadapan dah dipikirkan ke tidak? Ya, Tuhan akan berikan rezeki. tapi if hanyalah berserah pada Illahi, courage and efforts sendiri nya tak ada, mana nak berkat rumah tangga tu. Lagi satu if demand si spouse ni menjadi-jadi. Untuk barang hantaran nak yang berjenama macam-macam. Nak yang custom made. Nak yang harga mahal-mahal. Botak la laki tu.

Then bila bercakap pasal hutang, haishh makinlah merumitkan. Sekarang stiudents ramainya ambil PTPTN kan untuk bayar tuition fees. Berapa puluh ribu agaknya? Berapa tahun agaknya boleh settle kan everything. If tambah pulak dengan loan rumah, loan kereta, hutang kad kredit lagi.. Wahh nanti nak kena tanggung perbelajaan anak-anak lagi, sekolah diaorang, hulur-hulur duit bagi kat parents, duit shooping, duit dapur, hiasan rumah, pakaian etc..Duit nak bayar hutang pun tak cukup, ini kan pulak nak belanja mewah?

Semuanya duit. Nak bagi door gift dekat tetamu, belanja catering, belanja kanopi bebanyak tu, belanja pelamin lagi. Ha, then again, tengok balik yang kita duk buat sekarang ni, mengikut Islam ke, mengikut adat. Tu, duk ada band nyanyi-nyanyi bagai.. Ada menari, gelek-gelek lagi. Erghh apakah? Still mulut orang akan bercakap yang; "Budak ni punya majlis kahwin kecik je, makan pun biasa-biasa je, tak cukup duit la tu, tapi nak kahwin sangat" . Haishh. Bila buat besar-besaran, kau kata dia nak menunjuk. Bila buat biasa-biasa, kau kata dia tak mampu. Nak macam mana ni mak cik oiii??

Lagi satu, If maintenance untuk spouse korang ni tinggi, tapi korang tak mampu nak bagi seperti apa yang dia pernah dapat dengan parents dia, ha, merajuk pulak nanti. Ye la. if selalunya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, selalunya berhabis RM1k setiap kali berbelanja, Tiba dengan suami ni, belanja kan RM200 je sekali belanja. Tu ha! Muncung panjang boleh tarik-tarik dah.. Buat muka 18. Tak nak bercakap.

If time bercinta, kalau merajuk, tak endah kan sekejap okay lagi. If time dah kahwin ni, duduk sebumbung, satu bilik, tak kan nak ignore je? Tak baik tau. Suami isteri tak endahkan sesama sendiri. Isteri tak carakan suami, tak cium bau syurga nanti. Kadang tu, sebab-sebab trivia macam ni pun boleh jadi isu. Then if duduk dengan family mertua pulak, haduss lagi la. Kot nanti kena question dengan mertua tu pulak.

Alam berumah tangga ni susah. I tengok sesetengah tu, bahagia, tapi sekejap je. Lepas tu tup tup katanya dah bercerai. Yang paling menyampah duk sebar kat Facebook. Tunang besar-besaran, tulis kat Facebook. Kahwin, sebarkan kat Facebook. Cerai, pun sama. Haduss, tapi diaorang jenis suka share everything so tak leh nak kata apa juga la. Bagi I, privacy tu penting. If not tak kan la setiap P2P ada sediakan clauses untuk Privacy tu kan.

Orang kata, kahwin awal senang. Senang mengandung. Senang lahirkan anak. Banyak sikit zuriat, nak menyampung keturunan diaorang. Bagi I, kalau betul rezeki I kahwin muda, Alhamdullilah. Kalau dapat lambat, pun I terima. If tak kahwin pun I terima. Ye, sedih woo sebab tak dapat kahwin, tak de zuriat nak doakan kita nanti. Tapi if ada zuriat yang jenis tak endahkan kita lepas kita mati, and langsung tak nak sedekah apa-apa doa untuk kita, rasa lain juga kan.

Pada I, lepas I habis degree, I nak bekerja, ada career sendiri dulu. I nak spend masa dengan family I dulu. Bawak parents I pergi tunaikan haji, pergi makan angin. Teringin gila nak pergi Turkey, nak tour Europe tu. Berangan lebih sikit. lol :0 And I nak merasa spend my first gaji untuk parents I. 23 tahun ni diaorang spend dengan I, berapa sangatlah I boleh spend untuk diaorang kan semetara masih sempat ni. Ajal orang tak tahu bila kan.

Mulut-mulut orang ni selalu cakap, Lambat kahwin, lambat dapat anak. Oh ya, for sure ke, kau kahwin umur 20 boleh dapat anak umur 21? If betul ada rezeki macam tu tak pe. If not? ha, melopong la kau. Nanti mulut orang pun duk  lagii mengata yang; "Dia ni kahwin awal, tapi sampai sekarang tak dek anak. Mandul kot" . Haishh mulut orang sekarang, if di gam gajah pun still boleh bukak duk mengumpat tak berenti. Hati tu tak bersih. Orang yang aman berkahwin pun boleh cerai sebab tak tabah dengar umpatan orang. Ye, bercerai tu Tuhan tak suka, kau yang duk mengumpat, buat fitnah sampai orang tu bercerai lagi Tuhan tak suka tau!

But then bila disoalkan hal dah bersedia ke tidak ni, sampai bila nak tahu kan. Bersedia dari aspek mana tu? Tapi at least ada guarantee yang korang boleh tanggung and bimbing family tu okay juga la kan. Basis tu dah ada, nak amalkan tu penting. Apa-apa pun, berusaha dan minta keredhaan Allah tu penting. Jangan ikutkan nafsu tu saja. Tujuan sebenar berkahwin tu untuk apa? Sebagai salah satu ibadah kan. Ikut Sunnah Nabi saw kan. So rukun yang lain tu pun ikut la sekali. 

I bukanlah nak cakap kahwin tu tak penting, tak bagus sebab nanti akan bercerai sebab benda-benda trivia ni. Tapi pada I sebelum nak mendirikan masjid tu, cukupkan perkakas dulu. Jangan nak contruct without basis langsung. Restu parents pun kena ada ye. 

taken from : weddingwallpaper.net

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia bernikah, kerana sesungguhnya menikah itu dapat (lebih)memejamkan pandangan, dan menjaga kemaluan. Sesiapa yamg belum mampu bernikah, maka hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pencegah daripada nafsu syahwat

(hadits riwayat Bukhari dan Muslim)


“Sesiapa sahaja perempuan (isteri) yang meninggal dunia, dan suaminya reda, maka perempuan itu masuk syurga

(Hadits riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment