Saturday, October 30, 2010

Happy Scooby Doo-ing









google's theme for the Halloween 




toodles~

Friday, October 29, 2010

Takeuchi Yuko & Ninomiya Kazunari

Siapakah mereka berdua ni? Takeuchi yuko ni yang berlakon dalam Lunch No Jou tu. Yang heroine tu. Takeuchi ni full time actress dekat Jepun. And sekarang ni tengah berlakon cerita Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku yang jadi Shiori dalam siri ni. And MatsuJun from a Japanese boy group; Arashi pun berlakon jugak dalam siri ni yang nama Taiga tu.

And sebut pasal Arashi, si Ninomiya Kazunari ni pun member dalam group tu jugak. And dia ni jugak die-hard-fan si Takeuchi yuko tu. Sangat-sangat la dia ni adore si Takeuchi Yuko tu. And untuk sesiapa yang belum tau, si Takeuchi Yuko ni sebenarnya janda! Oppps! Dia dah pun berkahwin sekali dulu dengan sorang Japanese actor ni. And dapat sorang anak lelaki dengan ex-husband dia.

And actually dalam entry kali ni, I nak pointed satu similarity yang I Nampak dekat Ninomiya dengan Takeuchi ni. Diaorang punya smile tu sikit lebih kurang jek bentuk nya. Comel! Hehe




And pelakon-pelakon dari drama Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku pernah datang VS Arashi; game show yang di-host-kan oleh group Arashi sendiri. And episode kali ni I list kan as antara enjoyable episode of VS Arashi. B.E.S.T !!



And dalam episode tu, Ninomiya ni dah tunjuk dia punya fanboy attitude yang kita jarang dapat tengok dekat tempat lain. Hehe..

and and, Takeuchi ni pun actually pernah berlakon dengan Takuya Kimura [member of japanese idols group;  SMAP] dalam cerita PRIDE.

pada I, dalam banyak-banyak cerita yang Takeuchi ni berlakon, I paling suka cerita Lunch No Jou. character dia dalam cerita tu pun comel-comel jek. bubbly.. but ... with dark hidden past. 


toodles~

Wednesday, October 27, 2010

This Time Around..

Semester lepas I dengan Raihan yang balik Melaka lewat seminggu. Sebab nak cuti lama sikit. Then this semester, Raihan dengan Yana pulak yang balik lewat seminggu. Then next semester Wani pulak ke yang balik lewat seminggu? hehehe.. juat have to wait and see la kan.

Lama betul tak jumpa diaorang. Yer la, memang la best bercuti, spend time dengan keluarga. Tapi ada juga masa terasa rindu dekat kawan-kawan. :D

As usual la kan. Sesi photography tu memang kena ada. And macam biasa jugak. Tempat paling best ambik gambar ialah dalam kelas yang agak bosan itu. No offence but, the lecturer is quite dull. The subject is interesting though. Tapi harap-harap semangat belajar tu datang cepat sikit la semester ni. Pointer pun dah jatuh.. So, maknanya, kena double kan lagi effort tu. If hari tu tak tidur 2 malam sebab study, kali ni jangan tidur sampai 4 malam?? betul ke macam tu? Macam yang orang lain selalu nasihatkan, 

Study SmartNot Necessarily Mean You Have to Study Hard

Uikkss, paham ke hidden meaning dia tu? hehehe, sendiri pun boleh fikir kan.. Yer la, sekarang ni pun syllabus pun makin lama makin susah kan. Pulak tu, ada jugak yang ambik subject tambahan kan. Sebab nak cukupkan credit hours before kena pergi legal attachments nanti kan. So tak boleh la nak main-main banyak sangat kan.. No? hehehe

Raihan ni ada rupa Chibi Maruko Chan kan?
:D

nak juga masuk tapi tangan meng-snap button capture tu tak pandai nak mengagak angle yang betul..Aishh siapa la yang ambik gambar tu kan.. hehehe

Minie dengan Dhar, tak habis la main "BINGO" tu..
Nak jugak join! kan kan



okay, sekarang nak buat sesi solo shots pulak. Tapi gambar I sorang-sorang tak dek. Sengan.. Hahahaha

motive si Raihan membesarkan matanya?
Entah la. I pun tak berapa pasti :]

Tak baik main jelir-jelir lidah. 
So, jangan tiru aksi di atas okay.
hehehe

Macam rabbit kah?
Macam hamster kah?
apakah? hehe
Sexy-kah muka yana?
hehehehe

Macam-macam perubahan yang boleh nampak pada class mates time semester baru ni. Ada yang muka talam 99. Ada yang berubah jadi baik. Ada yang perasan kononnya akulah yang paling hot sekali dalam kelas tu. Wannabe, copycats tu, sentiasa ada. Aishh, dunia dunia..

Harap-harap mana-mana yang sangat la hypocrites tu, cepat-cepat la berubah ya. Tak kemana nya you all if still dengan attitudes yang macam tu. Tapi biasalah kan. Lumrah manusia, mana ada yang sempurna, tapi jangan la sampai perangai tu asyik nak mintak pelempang jek kan.. hehehehehe

Apa-apa pun, everything happens for a reason. Maybe ada sebab kenapa dia jadi macam tu kan. Sebab kenapa perangai dia macam setan.. Wahh! dahsyat sangat dah tu.. hehehe...

okay, itu ajek..




toodles~

Tuesday, October 26, 2010

artistic

apakah maksud nya? 

law students sudah tukar profession nak jadi artist pulak ke? hehehe..

no la. ini semua gara-gara kebosanan terlampau semasa di kelas family law, maka terhasilah karya seperti ini.




close ups




okay, itu ajek




toodles~

Sunday, October 24, 2010

her name is Sara Paxton.

Ada siapa-siapa yang familiar dengan nama Sara Paxton tak? 


Ermm, I pun bukan la kenal sangat dia ni. And bukan la die-hard-fan dia pun. Ada la 2,3 movie dia yang I pernah tengok. Lakonan dia pun not bad. And guess what? Dia ni pun menyanyi jugak rupanya. Album? Hurmm, disebabkan I pun baru tau yang dia ni pun menyanyi, so I tak dek la buat research banyak sangat on her profession as a singer.I kenal dia sebagai pelakon. So, bila-bila I free nanti, I try la Google kan nyanyian dia pulak. Hehe

Oh ya, pasal lakonan dia. Ermm, I pernah tengok dia dalam cerita 3 jenis movies jek. So, if nak comment banyak-banyak pasal lakonan dia pun tak boleh la kan. 

1. Sydney White,
Walaupun watak dia bitchy dalam movie ni, tapi I paling suka watak dia dalam movie ni. Ngam jek nampak. :D 

2. The Last House on The Left,
Dia jadi Mari, the main role in this movie. Watak dia? Dia la yang jadi mangsa di-rape and hampir kena bunuh tu.

3. Aquamarine.
She acted as the mermaid. And she’s also sings for this movie’s soundtracks. And dalam cerita ni, Emma Roberts dengan JoJo pun berlakon sekali. Tapi diaorang bukan jadi mermaid la. Cumanya, diaorang yang mula-mula discover pasal mermaid tu. 

So far, ini aja la movies dia yang I pernah tengok. Yang I selalu ulang balik tengok movie dia yang Sydney White tu. Lagipun dalam cerita ni Amanda Bynes pun ada. Hehe, I memang suka Amanda Bynes sejak dia buat variety show dekat channel Nickelodean lagi [All That, Amanda Show]. So, overall, sebab i suka ulang-ulang tengok cerita Sydney White ni disebabkan dua orang actresses ni la. hehe :D :D :D


And and, dia ni, kurus jek orang nya. Tinggi dia I tak sure. Tapi tengok dia ni tinggi jugak kan. Ada dalam 5"6-8 kot. hehe.

okay, itu aja rasanya nak tulis pasal Sara Paxton ni. :)



toodles~

Wednesday, October 20, 2010

Avoid the sun!!!

Ehh apesal pulak? Suka hati aku la nak berjemur tengah panas ke.. hurmm.. if itu la alasan korang, memang tak boleh nak cakap apa la kan. Yer la, bila dah cakap pasal “suka hati” ni, I pun suka hati la nak membebel ke, nak marah-marah ke, nak ketawa ke.. haha :p

Bukan apa, sekarang ni kan semua nak jada kulit. Nak kulit yang ayu jek.. hehe. Semua orang sekarang ni nak kekal cerah. Hurmm, cerah sampai takat yang mana tu? Yer la, sebabkan benda-benda pencerah ni kan tak bagus, so if nak stay cerah, baik buat cara natural kan. Back to basic la katakan.. haha. Tapi if you jenis suka tanned kan kulit tu.. itu suka hati you all la. Aishh suka hati lagi.

Ramai yang cakap kalau boleh elakkan terkena sunrays starts from 10 am till 2pm. Sebab time ni, tahap UV rays tu yang paling tinggi. Tapi if nak jugak keluar time ni, sila la bawa la payung sekali ye :D

Tapi, if sunrays yang sebelum pukul 10 pagi tu, orang kata bagus untuk kita punya kulit. Dia provide adequate vitamin D supaya kulit kita ni sihat sentiasa.

Dekat website Mentholatum ni ada tulis yang if kita terkena sunrays time tengah hari, ianya boleh menyebabkan kita age 600 times faster! Opps! Tak nak! 
Saya nak kekal awet muda
Hehe..

And and, possibility untuk dapat skin cancer jadi berganda-ganda bila kita terlebih expose dengan cahaya matahari ni. Ingat best ke dapat cancer? Nak bayar treatment dia lagi.. Orang nak tolong jaga kerenah kita time sakit lagi.. ishkk ishkk ishkk. If possible, jangan la nak menyusahkan orang lain.
So, antara cara-cara untuk kekal kan kulit yang sihat ni, rajin-rajinkan lah meng-apply sunscreen before keluar rumah tu yek. And kalau boleh, carik yang SPF tinggi-tinggi sikit. Hehe. At least SPF 15 la, yang biasa kita jumpa dekat kedai tu.
Ye, Memang la melecehkan, tapi faedah dia banyak taw. Bukan time tengah panas terik jek kena pakai sunscreen ni, UV rays ni pun ada time time mendung jugak taw! And and UV rays ni pun boleh sampai dekat kita through windows and glasses. And ada satu website ni cakap yang reflected rays dari permukaan air pun boleh harm kita punya kulit kan..

Wah, bumi kta sudah tak selamat lagi!!!

Oh No!
satoshi? Hehe

Lawak yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang tau. :D

Pakai la pakaian yang protective sikit. Lagi bagus if yang berlengan panjang sikit bila keluar time-time panas tu ye.. ye! Memang la lagi panas, tapi ada jugak kebaikkan nya okay. If tak nak, and if nak jadi ala ayu-ayu sikit, so bawak la payung yang berenda-renda lebat tu ke, payung nyonya tu ke.. hehe 2 in 1 apa. Tup tup tiba-tiba hujan kan senang, sebab dah ada payung.

Bak kata pepatah, 
sediakan payung sebelum hujan.

And jangan lupa minum air banyak-banyak supaya tak dehydrate nanti. :D and of course la kan, kena makan makanan yang sihat jugak. Makan buah-buahan pun bagus jugak. Yer la, daripada beli junk food tu kan, yang memang confirm akan bagi kita lemak yang tak bagus, and jugak boleh rosakkan organ dalaman kita. Sebabnya, ingredients dalam junk food tu banyak sangat unsur-unsur yang tak bagus ni. I pun tak tau nak list kan apa, tapi yang pasti chemical substances tu memang tak menyihatkan badan kita.

And orang kata, tak bagus mandi time tengah kepanasan yang amat ni. Nanti terkena panau. Ada betul nya jugakkan. So, try la elakkan mana yang patut ya.
Okay, itu ajek. :]

Toodles~

Saturday, October 16, 2010

Yoon Eun Hye punya entry

Okay, entry kali ni nak cakap pasal Yoo Eun Hye [YEH]. Before this pun I dah pernah post entry pasal similarity between YEH dengan Kitagawa Keiko in terms of their looks. Their personalities, attitudes, how many bank cards they have, itu I tak tau la kan. :D

YEH ni actually debut sebagai singer. Dia ada kumpulan dia sendiri yang bernama Babya Vox dekat Korea tu. Well, I don’t really follow Baby VOX as I knew her as a model and an actress. YEH ni pada I memang ada semua package untuk dipanggil model. Yer la, dia ni kan kurus jek, tinggi, muka pun comel. So, memang sesuai la untuk modeling. First time i tengok dia dalam satu Korean game show; X-Men. YEH dengan scandal hot dia; Kim Jong Kook jadi regular dalam program ni.

Diaorang berdua ni pun nampak sesuai jek bersama. Hehe. Scandal mereka berdua ni siap pernah keluar front page paper lagi. Hot kan! :] Tapi mereka berdua cakap scandal tu hanyalah rumors sahaja. Diaorang tak date betul-betul pun. Ermmm boleh percaya ke? Terpulang pada kita sendiri la kan nak percaya ke tidak. Tapi if diaorang ni betul-betul dating pun apa salah nya kan. 

Then, bermula la pengembaraan I mengikuti drama-drama lakonan YEH ni. Wahh skema tak ayat? Hehe, Bak kata Yana, Skema itu Hot. And kebanyakkan orang pun if I tanya drama apa yang YEH berlakon, mesti diaorang jawab Coffe Prince. Orang ramai pun ada cakap yang Coffee Prince tu la yang meng-famous-kan YEH ni. Betul ke? Banyak jek drama YEH yang lain kan. I mula-mula tengok drama YEH yang drama Goong tu. And I personally lebih suka watak YEH dalam drama Goong tu if nak compare-kan dengan watak YEH dalam Coffee Prince tu. Oh ya, YEH pun pernah berlakon dalam drama The Vineyard Man. But I'm not into that drama actually. Maybe because of the accent used in that drama. Hehe.

Then, after a period, YEH ni stop sekejap from acting field. Tapi dia bukan la menyepi terus. Walapun dia take a break from bidang lakonan, dia active pulak dalam bidang modeling. And ramai juga yang pernah perasan yang YEH ni sudah pun berisi sikit. Bukan nya chubby. But she does gained weight a little bit. Which is a good thing as she seems to have a better fit in clothes she's modeled for. Ini tidak, kurus keding jek. 

YEH ni juga ada jadi duta untuk beberapa products dekat Korea tu. YEH ni pun pemurah juga. Banyak juga charity yang dia buat. Oh ya, if I tak silap, YEH ni pernah jadi duta untuk Adopt A Baby yang G-Dragon & Taeyang from Big Bang pun ada sekali dalam event tu.
And untuk project akan datang, if tak silap I, YEH akan ada drama baru. Tapi still dalam screening process kot. Tarikh disiarkan, itu I sendiri pun tak tahu. Just wait and see jek la kan. And, I pun tak boleh nak comment banyak sangat pasal suara YEH ni time menyanyi sebab I selalu dengar lagu-lagu dari Baby VOX Rev jek. Which is  the successor to Baby VOX group. :D :D :D

Okay, itu aja.


toodles~

Thursday, October 7, 2010

The Movement Crew





The Movement Crew? apa tu? Kopitiam baru ke? oh no! The Movement Crew is actually a Korean origin Hip Hop Crew.

Kenapa panggil CREW? tak panggil band ke, group ke? siapa lagi artist dalam label ni? well, ramai yang tersalah paham yang Movement ni satu company baru. NO! It's just a Hip Hop Crew. they are all from different companies though. but they gathered as a hip hop crew and perform their own self made music. 

yes, they make their own music. they start from scratch. they compose their own rhythm, write the lyric and arrange the piece themselves. Cool right! :D



toodles~

Friday, October 1, 2010

Saya nak sihat !

1.       My dad kata jangan stay up late sangat.
: nanti kulit senang breakouts! Ouch! habis kalau selalunya study sampai lewat malam macam mana? If macam tu, tidur awal, pastu bangun la awal sikit. Pukul 3 ke, 4 pagi ke, bangun untuk study..

2.       Raihan kata kena minum air banyak-banyak.
: so masalah sembelit pun tak terjadi. Yer la, bila banyak toksik dalam badan kita yag sepatutnya keluar, tapi tak keluar-keluar jugak, so macam-macam masalah yang boleh timbul nanti. Kan .. kan.. hehe

3.       Makan supplements..
: perlu ke? If memang sah badan kita tak cukup vitamins tu, kena la ambik supplements kan. And selalunya orang ambik supplements ni sebab nak sihat kan lagi badan diaorang kan. Yer la.. kadang-kadang tu, kita rasa macam dah cukup dah semua, tapi tak pun actually.. hehe

4.       Mak kata, Jangan minum coke banyak sangat.
: ermm rasa nya, dah lama tak minum coke ke pepsi ke.. tapi if minum 100 plus tak pe kan? Masa zaman sekolah dulu rasanya hari-hati kot minum pepsi.. time tu tengah gila pepsi. Tapi bila dah masuk college ni, dah kurang kan dah. Tapi itu la, after effect yang minum pepsi time sekolah dulu dah menunjukkan diri nya sekarang.. haha

5.       Orang kata, kena minum susu.
: susu kan bagus untuk kesihatan. Bukan untuk kalsium jek, tapi untuk kebaikkan organ dalaman kita jugak. if ada orang yang allergic pada susu macam mana?

6.       Kurangkan makan makanan yang berminyak.
: tapi saya suka makan mee goreng… kadang-kadang tu, kedai-kedai ni suka sangat goreng dengan minyak berlebihan.. hurmm, apa-apa pun, kena la pilih kedai yang bagus-bagus sikit. and jangan lupa makan buah banyak-banyak. tak kisah la epal ke, oren ke, betik ke..

7.       Hygiene tu kena jaga.
: kena mandi at least dua kali sehari. Pagi sekali, petang sekali. Tapi ada jugak orang yang tak mandi sampai dua, tiga hari kan.. euuwww.. pengotor! Kebersihan dalam bilik, dalam rumah, pun kena jaga. Sapu sampah-sampah yang ada. Erghh, I memang tak boleh tengok tempat berdebu ni. If orang yang ada asthma datang rumah you tapi tengok-tengok rumah you berhabuk gila.. tup tup dia dah sesak nafas. Pastu pengsan. Tak ke kesian tu..

8.       If boleh, elakkan la dari duduk dekat-dekat dengan orang yang merokok ni..
: kita kena jaga lung kita sendiri. Orang tu carik pasal nak mati cepat, itu lantak dia. You pulak, jangan la duduk sekali dengan dia time dia merokok tu. Pastu balik rumah, mengadu kat kawan yang your boyfriend ni suka merokok la, tak suka la, asap rokok busuk la..

9.       Bersenam!
: tak semesti nya you kena mendaki bukit tiap-tiap hari baru boleh dikira sebagao bersenam. Duduk tengak, untuk bantu penghadaman pun okay je. Berjalan lepas makan pun okay jek.. turun naik tangga pun boleh jek. If you lagi rajin, untuk kekalkan figure yang sexy, boleh la buat pilates ke, pegi gym ke, jogging selalu ke, pergi hiking ke..

10.   Kena selalu ceria.
: jangan asyik nak berkerut jek dahi tu. Jangan selalu tension. Tapi if you memang jenis tension time nak dekat-dekat exam ni, lepas exam tu, happy-happy la balik.. hehe.. tak pun, tengok la talk show apa-apa yang boleh buat you gelak. Ada sorang pakar kesihatan ni cakap, if kita ketawa, muscles dekat muka kita ni gerak sekali, boleh jadi awet muda. And if kita ketawa yang jenis, ear to ear, kadar dia sama dengan kita buat sit up 20 kali. Wahh! Bagus kan.. :D


·         Banyak lagi kan tips untuk kekal sihat ni, tapi ini aja la yang I list kan dulu.. hehe
·         tips di atas ni semuanya orang dah tau. Tapi jarang di ikut dengan betul. So macam mana nak dapat body yang sihat kan!
·         Tips di atas hanyalah options semata-mata. Nak try boleh, tak nak try pun boleh.
·         I pun nak try apa-apa tips yang bagus untuk keep our skin healthy. Besides eat right la.. hehe